Ikuti Kami:

Dituduh Kasar & Diskriminasi Pelajar Di Universiti, Agensi Lee Beomsoo Beri Respon

Dituduh Kasar & Diskriminasi Pelajar Di Universiti, Agensi Lee Beomsoo Beri Respon

Secara tiba-tiba, pelakon Lee Beom-soo dituduh menggunakan kuasa dan bertindak kasar terhadap para pelajar di Universiti Shinhan.

Dalam sebuah entri di laman komuniti, seorang pelajar tanpa nama telah menuduh pelakon yang juga profesor itu dengan pelbagai dakwaan mengejutkan. Kata ‘A’,

Pertama sekali, awak perlu menangkan pandangan profesor. Kedua, awak perlu melakukan semua yang disuruhnya. Awak akan menjadi hambanya. Semasa semester pertama. dia bahagikan kepasa pelajar kelas A dan B. Pelajar dari keluarga kaya dan yang disukainya, berada dalam kelas A. Pelajar dari keluarga bawahan dan yang tak disukainya, mereka akan ke kelas B. Sesiapa dalam kelas B akan dilayan seperti sampah hingga bergraduasi. Pelajar yang disukainya akan mendapat watak utama hingga tamat pengajian. Sesiapa yang tak disukainya terutamanya dari golongan bawahan akan mendapat watak kecil dengan satu baris dialog. Susah nak belajar apa-apa mengenai lakonan. Awak perlu berdiam diri seperti bayang-bayang.

lee beomsoo

Sambung ‘A’,

Hampir separuh tahun pertama akan mengambil cutu atau mereka meninggalkan kelas itu beramai-ramai. Ada pelajar tahun kedua yang berhenti kelas dalam masa seminggu. Jadi, ramai pelajar yang mengalami kerisauan melampau kerananya. Ramai senior dan junior yang dulunya gembira pergi ke terapi kini.

Individu B yang merupakan alumni universiti itu turut menyokong pendedahan itu dengan ceritanya sendiri,

Saya mengenali seorang pembantu pengajar yang dicaci dengan teruk oleh profesor Lee Beom-soo. Mereka berhenti belajar kerana berasa malu. Seorang lagi pembantu pengajar sering dimarahi kerana kesalahan kecil dan turut berhenti kerana ingin mendapatkan bantuan mental. Semasa di sana, saya melihat lebih kurang 5 pembantu pengajar yang sering menjadi mangsa pelakon itu.

lee beomsoo

Lagi pula, menurut ‘A’, pelajar pernah cuba melaporkan Lee Beom-soo kepada pihak universiti. Namun katanya mereka tidak sebarang tindakan malah profesor lain turut meminta semua berlagak seperti biasa sekiranya ada pemeriksa yang datang.

Respon agensinya mengenai dakwaan ini,

Kami tidak pasti apa yang berlaku mengenai aktiviti Lee Beom-soo sebagai profesor di universiti. Minta maaf kerana kami tidak boleh memberi respon mengenai perkara itu.

Hmmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...