Ikuti Kami:

Dituduh ‘Copy-Ori’ ‘The Penthouse’, Rating ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Terus Menurun

Dituduh ‘Copy-Ori’ ‘The Penthouse’, Rating ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Terus Menurun

Tidak dinafikan bahawa drama berunsurkan pembalasan dendam dan kecurangan merupakan antara formula yang sentiasa berjaya di dalam K-Drama.

Mungkin disebabkan itu, drama “Pandora: Beneath The Paradise” turut mahu menggunakan elemen berkenaan sebagai punca kejayaan sirinya. Pun begitu, sepertinya percubaan itu gagal mencapai jangkaan.

Bahkan plot cerita yang seakan-akan drama popular “The Penthouse” juga menerima kritikan ramai selain perkembangan cerita yang menglirukan membuatkan ramai yang sukar untuk mengikuti cerita itu. Bukan itu sahaja, pelakon yang sama digunakan iaitu Lee Ji-ah dan Bong Tae-gyu turut menguatkan lagi dakwaan berkenaan.

tvn pandora: beneath the paradise

Skrip ditulis oleh penulis popular iaitu Kim Sun-ok, ia membawa kisah seorang wanita yang menjalani kehidupan dicemburui semua mula membalas dendam apabila memori asalnya kembali.

Walaupun bermula baik dengan catatan 5.7% namun”Pandora: Beneath The Paradise” mula kehilangan momentum apabila ianya hanya mampu mencatatkan rating dalam lingkungan 3% kini.

tvn pandora: beneath the paradise

Komen seorang pengkritik drama.

Elemen yang menggambarkan drama ini ialah ‘makjang’ (kekecohan). Kalaulah ianya disambung dengan baik, ianya pasti akan menyebabkan rasa tegang tapi jika tidak, penonton akan berasa penat. Ianya agak membosankan. ‘Pandora: Beneath The Paradise’ tak dapat lari daripada perasaan bahawa ia seperti meniru ‘Penthouse’.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...