Utama Gossip Dituduh Ada Hubungan Dengan Suami Seorang Penyanyi, Hong Jinyoung Beri Respon Padu

Dituduh Ada Hubungan Dengan Suami Seorang Penyanyi, Hong Jinyoung Beri Respon Padu

hong jinyoung

Tidak semena-mena, penyanyi Hong Jin-young dituduh mempunyai hubungan dengan suami seseorang..

Baru-baru ini, satu saluran YouTube telah menyebarkan khabar angin tidak berasas, yang menyatakan bahawa Hong Jin-young sedang bercinta dengan Do Kyung-wan, iaitu suami kepada rakan sekerja rapatnya Jang Yoon-jeong.

Terbaru pada 23 Mac, penyanyi trot itu sepertinya telah menafikan khabar angin berkenaan, dengan menulis di Instagram bahawa dia masih bujang kini.

Tulis Hong Jin-young di hantaran yang dikongsi,

Saya benar-benar SOL!!LO!!! #SayaHanyaCakapJe #SekiranyaAdaOrangTertanya ^^

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hongjinyoung 홍진영 (@sambahong)

Selain itu di ruangan komen, ada peminat yang menulis,

Jangan risau, percaya atau tidak, kami dapat mentafsir antara berita sebenar dan berita palsu.

Balas Hong Jin-young,

Aww, terima kasih.

Sementara itu, pasangan Jang Yoon-jeong dan Do Kyung-wan sendiri telah menyatakan bahawa khabar angin tersebut sememangnya palsu. Menurut laporan, satu saluran YouTube ini telah banyak berkongsi berita palsu mengenai ramai selebriti namun, ia adalah sukar bagi pihak berkuasa Korea untuk mengambil tindakan kerana akaun tersebut dimiliki oleh orang asing.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERWikitree
Loading...