Dituduh Ada Bersama Kim Saeron Ketika Kemalangan Semasa Mabuk, Kim Bora Beri Respon
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Meskipun Kim Sae-ron yang terlibat dengan isu memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan, namun ada nama lain yang terpalit juga.
Menurut laporan media, semasa kejadian itu, terdapat penumpang lain yang turut bersama dengan wanita tersebut.
Disebabkan Kim Sae-ron yang dilihat memuat naik foto bersama rakan baiknya, Kim Bo-ra sehari sebelumnya, ramai yang menebak pelakon itu merupakan penumpang tersebut.

Melihatkan dakwaan tersebut, Kim Bo-ra telah memberikan respon bagi pihaknya menerusi sebuah ‘meme’,
Saya?

Dalam pada itu, Kim Sae-ron telah pun memohon maaf atas insiden berkenaan dan mengundurkan diri daripada projek yang sedang berlangsung.
Menurut laporan lain, penumpang yang dimaksudkan itu merupakan individu biasa sahaja dan bukannya orang dari industri hiburan.
Hmmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




