Ikuti Kami:

(VIDEO) CCTV Kim Saeron Cuba Lari Dek Pandu Dalam Keadaan Mabuk, Kim Saeron Mohon Maaf

(VIDEO) CCTV Kim Saeron Cuba Lari Dek Pandu Dalam Keadaan Mabuk, Kim Saeron Mohon Maaf

Semalam dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita Kim Sae-ron yang ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selepas berita itu tersebar, sebuah rakaman CCTV yang merakamkan kejadian tersebut telah tersebar di serata laman komuniti.

Daripada video itu, dapat dilhat Range Rover yang dipandu oleh Kim Sae-ron memasuki simpang jalan besar di Hakdong dan terlajak berpusing hingga melanggar sebuah struktur di tepi jalan hingga merobohkannya.

Menurut laoran polis, pada awalnya mereka menerima laporan terdapat kereta yang dipandu secara terhuyung-hayang dan kemudiannya menemui kenderaan yang sama sudah mengalami kemalangan.

Meskipun cuba melarikan diri namun pihak polis berjaya menangkap Kim Sae-ron dan cuba menjalani ujian pernafasan untuk menentukan paras alkohol namun ditolak wanita itu dan meminta untuk melakukan ujian darah di hospital.

Ulas pihak polis,

Selepas ujian darah itu, kami akan meminta Perkhidmatan Forensik Kebangsaan untuk memeriksa paras alkohol dan lain-lain. Kami juga akan menyiasat punca sebenar kemalangan itu.

kim saeron

Selepas kemalangan tersebut, gambar yang berkaitan telah tersebar di laman media selain ada saksi mengatakan bahawa lampu isyarat di persimpangan itu turut tidak berfungsi selama beberapa jam kerana impan insiden berkenaan. Malah ada yang mengatakan bahawa Kim Sae-ron tidak berseorangan di dalam kenderaan tersebut.

Hampir sehari mendiamkan diri, akhirnya agensi Kim Sae-ron memberikan respon,

Kim Sae-ron sedang bermuhasabah diri dengan kesalahannya. Tambahan lagi, dia memohon maaf terhadap semua yang terkesan dan mengalami kesusahan serta sesiapa yang bekerja keras untuk membetulkan kemudahan awam itu.

Jelas agensi itu lagi, mereka berjanji akan berusaha lebih keras untuk menjaga artis mereka dengan baik selepas ini

Moga jadi pengajaran..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...