Ikuti Kami:

Diterajui Song Joongki, Filem ‘Hwaran’ Selesai Jalani Penggambaran Selepas 3 Bulan

Diterajui Song Joongki, Filem ‘Hwaran’ Selesai Jalani Penggambaran Selepas 3 Bulan

Nampaknya, Song Joong-ki bakal menemui penonton menerusi filem “Hwaran” tak lama lagi!

Untuk pengetahuan, “Hwaran” membawa kisah Yeon-gyu (Hong Sa-bin) yang mahu melarikan diri dari realiti menyesakkan. Apabila bertemu Chi-geon (Song Joong-ki) yang bertugas sebagai pengantara sebuah organisasi, kedua mereka bersama-sama menelusuri dunia yang berbahaya. Filem ini turut dibintangi penyanyi Bibi, yang akan membawa peranan sebagai adik kepada Yeon-gyu.

Terbaru, filem “Hwaran” yang memulakan penggambaran pada 13 September lalu, sudah selesai menjalani penggambaran pada 12 Disember selepas tiga bulan produksi.

Merupakan debut pertamanya sebagai pengarah, Kim Chang-hoon berkata,

Terima kasih kepada semua orang yang bekerja keras untuk menamatkan penggambaran dengan selamat selama tiga bulan. Saya akan melakukan yang terbaik sehingga saat akhir untuk menyiapkan kerja yang baik.

Dalam pada itu, Song Joong-ki akan menghidupkan watak Chi-geon dalam filem ini dan dijangka akan mempamerkan aura berbeza dari naskhahnya sebelumnya ini.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...