Ikuti Kami:

Diterajui Pelakon Popular, Drama ‘Scarlet Heart’ Bakal Diadaptasi Di Thailand

Diterajui Pelakon Popular, Drama ‘Scarlet Heart’ Bakal Diadaptasi Di Thailand

Popular seluruh dunia, drama “Scarlet Heart” nampaknya akan diadaptasi di Thailand!

Terbaru, GMMTV telah melancarkan teaser untuk versi Thailand drama “Scarlet Heart”, yang akan dibintangi oleh ramai pelakon popular seperti Win Metawin, Tu Tontawan, Nanon, Tay Tawan, Phuwin, Perth, Fourth dan Force.

Untuk pengetahuan, versi Korea yang diterajui IU dan Lee Jun-ki, mengikuti Hae-soo yang mengembara kembali ke zaman Goryeo dan di sana, dia jatuh cinta dengan Wang so, membuatkan orang lain menggeletar ketakutan.

Ketika drama ini ditayangkan pada 2016 dahulu, ia telah berjaya meraih sambutan hebat hingga mencecah rating 11.3% untuk episod akhir. Dengan ini, ramai yang semakin teruja untuk menantikan versi Thailand drama ini.

Sementara itu, tarikh rasmi untuk tayangan “Scarlet Heart” versi Thailand masih belum diumumkan lagi setakat ini.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...