Ikuti Kami:

Diterajui Pelakon Hebat, Tonton 5 Filem Korea Genre Aksi Tahun 2023 Ini Bikin Jantung Berdebar

Diterajui Pelakon Hebat, Tonton 5 Filem Korea Genre Aksi Tahun 2023 Ini Bikin Jantung Berdebar

Selain daripada filem romantik, filem genre aksi Korea juga berjaya mendapat tempat di hati penonton.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 filem Korea genre aksi yang ditayangkan pada tahun ini untuk ditonton ketika masa lapang.

Kill Boksoon

Watak utama “Kill Bok-soon” dilakonan oleh Jeon Do-yeon ialah seorang ibu tunggal dan pembunuh kontrak maut yang digeruni. Dia bagaimanapun, bergelut dengan keseimbangan kerja dan kehidupan. Jurulatihnya Cha Min-kyu yang dilakonkan oleh Sol Kyung-gu adalah orang merbahaya dengan kuasa dimilikinya.

Cha Min-kyu boleh mengambil segala yang ada pada diri musuhnya tanpa perlu berusaha lebih kerana kuasa besarnya. Namun, pada suatu hari, Bok-soon mendapati dirinya terjerat dalam satu pergaduhan yang akan membunuh dirinya sendiri.

The Roundup: No Way Out

“The Roundup: No Way Out” ini membawa kisah aksi serta penyelesaian seorang detektif terhadap kes jenayah. Kisahnya bermula apabila Detektif Ma Suk-do menyertai unit siasatan jenayah baharu yang diketuai oleh Jang Tae-soo dan termasuk Detektif Kim Man-jae. Mereka ditugaskan untuk menentang Joo Sung-cheol, merupakan anak kepada keluarga chaebol yang berkuasa. Tambahan, Yakuza Jepun juga terlibat dalam kes yang mereka kendalikan ini.

The Point Men

“The Point Men” adalah filem mengenai operasi menyelamat dan rundingan yang dijalankan oleh seorang diplomat dan ejen Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS), yang berjuang dan mempertaruhkan nyawa mereka di Afghanistan bagi menyelamatkan tebusan Korea yang telah diculik di Timur Tengah.

Filem ini mempunyai barisan pelakon utama yang sangat berbakat seperti Hyun Bin, Kang Ki-young, Hwang Jung-min serta pelakon luar negara Fahmi Fazli.

The Childe

Filem ini membawa kisah pemburuan Marco lakonan Kang Tae-joo, iaitu seorang peninju yang sedang meningkat naik di Filipina berserta tiga pemburu yang dilakonkan oleh Kim Seon-ho, Kim Kang-woo, Go A-ra. Marco pergi ke Korea untuk mencari ayahnya dan meminta bantuan wang untuk membayar bil hospital ibunya.

Selepas itu, dia secara tiba-tiba bertemu dengan tiga individu yang tidak dikenali dan terikut dalam aksi pengejaran yang mendebarkan.

Jung_e

Mengikuti zaman moden, “Jung_e” mengisahkan tentang orang yang cuba bertempur untuk membangunkan kecerdasan buatan (AI), dengan mengklonkan otak tentera upahan legenda Jung E. Mereka melakukan ini dengan harapan dapat menamatkan perang di tempat perlindungan, iaitu tempat di mana mereka berhijrah selepas meninggalkan bumi yang telah musnah akibat perubahan iklim.

Apa yang lagi menarik, sehari selepas tayangan, naskhah tersebut telah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta filem Netflix di 32 negara seluruh dunia.

Mana satu filem kegemaran korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...