Ikuti Kami:

Diterajui Pelakon Hebat, Ini 8 Drama Pelbagai Genre Bakal Tayang Pada Ogos 2023

Diterajui Pelakon Hebat, Ini 8 Drama Pelbagai Genre Bakal Tayang Pada Ogos 2023

Setiap bulan pasti akan ada beberapa K-Drama yang berjaya menarik perhatian penonton kerana plot cerita yang mengagumkan.

Jom lihat senarai K-Drama yang bakal ditayangkan pada Ogos 2023.

The First Responders 2 

Drama “First Responders 2” mengisahkan tentang seorang anggota polis menggunakan cara yang tidak konvesional untuk menyelesaikan pelbagai kes mustahil. Bersama dua anggota bomba Bong Do-jin dan Song Seol, ketiga-tiga mereka membantu dan menyokong menyelamatkan orang yang tidak bersalah serta membawa keadilan kepada mereka.

Pelakon utama: Kim Rae-won, Son Ho-jun, Gong Seung-yeon

Tarikh tayangan: 4 Ogos 2023

Platform:  Disney+ Hotstar

My Dearest 

Berlatarkan dinasti Joseon, “My Dearest” ialah drama percintaan sejarah tentang kisah cinta antara seorang lelaki bernama Namgoong Min yang telah mengisytiharkan bahawa dia tidak akan berkahwin, dan seorang wanita bernama Yoo Gil-chae, yang bermimpi untuk mencari cinta semula walaupun selepas dua perkahwinan gagal.

Pelakon utama: Lee Jang-hyun, Ahn Eun-jin

Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2023

Saluran: MBC

Moving

Tiga orang pelajar sekolah menengah ini kelihatan seperti pelajar biasa, tetapi mereka sebenarnya mempunyai kebolehan istimewa yang diwarisi daripada ibu bapa mereka. Kim Bong-seok mempunyai kebolehan untuk terbang, Jang Hee-soo mampu pulih dengan cepat daripada kecederaan seperti ditembak atau ditikam dan Lee Gang-hoon mempunyai kuasa dan kelajuan yang luar biasa.

Ketiga-tiga pelajar ini cuba menyembunyikan kebolehan istimewa mereka daripada orang lain manakala ibu bapa mereka berjuang untuk melindungi anaknya daripada digunakan oleh orang lain.

Pelakon utama: Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo, Zo In-sung, Cha Tae-hyun, Ryoo Seung-bum, Kim Sung-kyun,

Tarikh Tayangan: 9 Ogos

Platform: Disney+ Hotstar

The Killing Vote (10 Ogos)

Apabila penjenayah kejam mengelak daripada hukuman undang-undang, semua warganegara yang berumur lebih 18 tahun menerima mesej teks untuk mengundi penjenayah ini sama ada patut menerima hukuman mati atau tidak. Jika lebih daripada 50% bertindak balas memihak kepada hukuman mati, orang itu dibunuh oleh “Dog Mask” yang tidak diketahui identitinya serta dia juga diburu oleh pihak polis.

Pelakon utama: Park Hae-jin, Park Sung-woong, Im Ji-yeon

Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2023

Platform: Prime Video

Cruel Intern 

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang melepaskan kerjaya demi membesarkan anak-anaknya tetapi selepas beberapa tahun dia ingin menyambung semula kerjayanya tetapi tidak mendapat pekerjaan. Kemudian dia menyertai sebuah syarikat sebagai seorang pelatih.

Pelakon utama: Ra Mi-ran, Uhm Ji-won

Tarikh Tayangan: 11 Ogos

Platform: TVing

Behind Your Touch

“Behind Your Touch” mengisahkan cinta seorang doktor haiwan yang mempunyai kuasa psikometrik dan seorang detektif panas baran. Mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain semasa menyelesaikan kes jenayah kecil di sebuah bandar di Mujin, Chungcheong-do.

Pelakon utama: Han Ji-min, Lee Min-ki, Suho

Tarikh Tayangan: 12 Ogos 2023

Platform: Netflix

My Lovely Boxer 

Drama “My Lovely Boxer” diadaptasikan daripada sebuah novel terlaris di Korea. Ia menceritakan kisah seorang peninju wanita yang hebat tiba-tiba mendiamkan diri selepas mendapat pelbagai anugerah dan pingat.

Pelakon utama: Lee Sang-yeob, Kim Seo-hye

Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2023

Saluran: KBS

Destined With You

“Destined With You” mengisahkan tentang percintaan yang sukar antara Lee Hong-jo dan Jang Shin-yu dengan jalan cerita berkisar tentang sebuah buk yang telah dimeterai dengan teliti 300 tahun yang lalu. Lee Hong-jo selepas menggunakan buku terlarang itu dengan Shin-yu menjadi mangsanya kerana kutukan yang disebabkan oleh buku itu.

Pelakon utama: Jo Bo-ah, Ro Woon

Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2023

Platform: Netlix

Tak sabar nak tonton!!!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...