Drama terbaru JTBC iaitu “I’m Not A Hero” telah mengumumkan barisan penuh pelakon mereka.
Baru-baru ini, JTBC telah mengumumkan bahawa drama baru mereka yang akan datang iaitu “I’m Not A Hero”, telah dijadualkan tayang pada tahun ini.
Di mana, drama yang bertemakan fantasi ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang kehilangan kebolehan luar biasa mereka disebabkan penyakit yang biasa dialami oleh orang moden seperti insomnia dan ketagihan telefon pintar.
Dalam drama ini, Jang Ki-yong akan memegang watak sebagai Bok Gwi-jung, seorang lelaki yang mempunyai kebolehan untuk merentas masa namun kehilangan kuasanya selepas mengalami kemurungan.
Manakala, Chun Woo-hee akan melakonkan watak sebagai Do Da-hae, seorang wanita misteri yang muncul dalam hidup Bok Gwi-jung.
Selain itu, antara pelakon hebat yang akan membintangi drama ini adalah Goo Doo-shim, Su-hyeon, Oh Man-seok dan Park So-yi.
Pasukan produksi drama ini turut berkata,
Drama ini akan memaparkan emosi yang lebih mendalam mengenai hubungan kasih sayang diantara keluarga.
Sementara itu, drama “I’m Not A Hero” ini juga merupakan drama pertama lakonan Jang Ki-yong selepas dia kembali dari menjalankan latihan ketenteraannya.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.