Ikuti Kami:

“Reunion Tak Menjadi” – Berakhir Dengan Rating Rendah, Park Shinhye & Park Hyungsik Dikata Tiada ‘Chemistry’?

“Reunion Tak Menjadi” – Berakhir Dengan Rating Rendah, Park Shinhye & Park Hyungsik Dikata Tiada ‘Chemistry’?

“Doctor Slump” telah menamatkan episod terakhirnya.

Namun begitu, meskipun drama ini merupakan projek pertama Park Shin-hye selepas dia melahirkan anak sulungnya, drama ini tidak mendapat sambutan yang baik.

Di mana, “Doctor Slump” telah bermula dengan rating yang tinggi iaitu sebanyak 8.2%, namun ianya semakin menurun sehingga mencecah 6.5% pada episod akhir.

Disebabkan ini, satu media telah melaporkan bahawa antara punca drama ini tidak begitu mendapat sambutan ramai ialah kerana ketidak serasian diantara pelakon utama, iaitu Park Shin-hye dan Park Hyung-sik.

doctor-slump

Kata mereka,

Salah satu isu terbesar yang menyebabkan penurunan rating ialah kerana ketidak serasian diantara watak utama. Meskipun ini merupakan projek mereka bersama selepas 11 tahun, mereka kelihatan sangat tidak serasi.

Tambahnya,

Bukan itu sahaja, malah penulisan skrip bagi drama ini juga agak mengecewakan berbanding drama lain. Skrip ini tidak menawarkan apa-apa yang baru terhadap genre tersebut dan plot bagi permulaan drama ini terlalu panjang.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...