Ikuti Kami:

Diterajui Bae Doona & Ryu Seungbum, Drama Thriller ‘Family Plan’ Bakal Temui Penonton Tahun Ini

Diterajui Bae Doona & Ryu Seungbum, Drama Thriller ‘Family Plan’ Bakal Temui Penonton Tahun Ini

Wah, mesti ramai tak sabar nak tunggu drama ini ditayangkan.

Terbaru, Coupang Play telah mengumumkan bahawa K-Drama baru “Family Plan”, sedang menjalani penggambaran. Drama ini bakal dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Bae Doo-na, Ryu Seung-bum, Baek Yoon-shik, Lomon, dan Lee Su-hyun.

“Family Plan” mengisahkan tentang seorang wanita mempunyai kebolehan istimewa yang menyamar menjadi sebahagian dari sebuah keluarga untuk terus hidup. Pada ketika itu, mereka berhadapan dengan penjenayah jahat yang mengancam kehidupan dengan cara agak luar biasa.

drama family plan

Selain itu, Bae Doo-na akan melakonkan watak Han Young-soo, seorang yang mempunyai kebolehan istimewa dan penyayang terhadap anak-anaknya, manakala Ryu Seung-bum akan memainkan watak Baek Chul-hee, yang kelihatan agak malu kerana terpaksa menyembunyikan kebolehannya tetapi merupakan seorang suami yang penyayang kepada isterinya.

Untuk pengetahuan, “Family Plan” mula menjalani penggambaran pada bulan lalu dan dijadualkan untuk tayang pada 2024.

Nantikan lebih banyak kemas kini lanjut tentang drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...