Ikuti Kami:

Ditanya Sama Ada Kelakuan Dikawal Agensi, Ini Jawapan Jujur Song Jihyo

Ditanya Sama Ada Kelakuan Dikawal Agensi, Ini Jawapan Jujur Song Jihyo

Song Ji-hyo ternyata merupakan antara pelakon wanita yang popular di luar Korea terutamanya di Asia Tenggara.

Disebabkan oleh kepopularitian itu, sudah pasti ramai yang menganggap bahawa tingkah lakunya mungkin dikawal agensi naungan bagi menjaga imejnya sebagai pelakon.

Walau bagaimanapun, Song Ji-hyo menepis sangkaan itu apabila tampil selesa dan terbuka dalam program “Turkids On The Block” di YouTube baru-baru ini.

song jihyo turkids on the block

Kalau anda nak tahu, pihak produksi program tersebut dan hos Lee Yong-jin meluahkan rasa terkejut apabila ahli “Running Man” itu sendiri menghantar mesej terus (DM) di Instagram dan meminta untuk menjadi tetamu mereka.

Apabila ditanya episod mana yang menjadi kegemaran Song Ji-hyo, wanita berkenaan menjawab episod menampilkan PUNGJA dan Shin Gi-ru. Jelasnya, dia juga mahu berkelakuan bebas seperti mereka, contohnya meletakkan rokok elektrik di atas meja dan menggril daging. Pun begitu, dia hanya mampu berasa gembira melihat episod berkenaan kerana tidak boleh melakukan hal seperti itu.

song jihyo turkids on the block

Tanya Lee Yong-jin,

Adakah kerana agensi awak teragak-agak untuk membiarkan awak berkelakuan sebegitu?

Jawab Song Ji-hyo yakin,

Agensi? Saya tak peduli. Saya Song Ji-hyo lah.

song jihyo turkids on the block

Mendengarkan jawapan wanita itu, ternyata dia merupakan seorang yang bebas dan berkelakuan seperti apa yang dimahunya.

Relaks je Song Ji-hyo~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...