Tiada angin tiada ribut, Hwasa MAMAMOO dikatakan akan berkahwin?
Terbaru pada 10 Oktober, sebuah kedai baju pengantin mewah di Seoul iaitu ‘Bridal Kong’, telah berkongsi bahawa Hwasa pergi ke kedainya dan turut berkongsi tandatangan yang ditinggalkan wanita itu.
Dengan ini, netizen telah membuat spekulasi sekiranya Hwasa akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.
Bagaimanapun, ada juga yang menjelaskan bahawa ramai selebriti yang pergi menyewa gaun pengantin untuk menghadiri acara red carpet, konsert atau acara akhir tahun seperti majlis anugerah dan sebagainya.
View this post on Instagram
Sementara itu, sebelum ini, Hwasa telah dilapor menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang 12 tahun lebih tua daripadanya selama 5 tahun kini. Namun, agensi tidak dapat mengesahkannya kerana ia adalah hal peribadi artis.
Omo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.