Ikuti Kami:

Ditangkap Merokok Dalam Bangunan, Haechan NCT Didenda Meskipun Sedang ‘Hiatus’

Ditangkap Merokok Dalam Bangunan, Haechan NCT Didenda Meskipun Sedang ‘Hiatus’

Hae-chan NCT telah dikenakan denda selepas video yang menunjukkan dia sedang merokok tular.

Hae-chan NCT baru-baru ini telah ditangkap merokok di dalam bangunan. Di mana ianya berlaku ketika mereka sedang bersiap sedia untuk membuat latihan tarian.

Untuk makluman, perbuatan merokok dalam bangunan di Korea Selatan adalah haram dan akan dikenakan denda, jadi perkara ini telah menyebabkan peminat bimbang akan penyanyi tersebut.

Dalam masa yang sama, syarikat NCT iaitu SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengakui akan kesalahan Hae-chan tersebut.

Di dalam kenyataan tersebut, mereka berkata,

Kami ingin memohon maaf kerana telah membimbangkan ramai pihak dengan perbuatan Hae-chan. Kami mengakui bahawa Hae-chan telah menggunakan rokok elektronik di dalam bangunan.

haechan smoking

Tambah mereka,

Kami turut menerima surat denda daripada jabatan kesihatan yang berkaitan dan akan membayarnya. Malah, kami juga akan memberi perhatian khusus agar perkara ini tidak berlaku lagi.

Sementara itu, Hae-chan kini sedang berehat daripada sebarang aktiviti kerana mengalami masalah kesihatan.

Harap perkara seperti ini dah tak terjadi lagi..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...