Ikuti Kami:

“Susah Sangat Ke..” – Haechan Ditangkap Hisap Rokok Elektronik Dalam Video Latihan NCT 127

“Susah Sangat Ke..” – Haechan Ditangkap Hisap Rokok Elektronik Dalam Video Latihan NCT 127

Biar betul?

Hae-chan NCT telah ditangkap menghisap rokok elektronik dalam video sebalik tabir latihan tarian untuk lagu baru NCT 127.

Di mana, di beberapa saat awal video tersebut, Hae-chan telah dilihat memegang rokok elektronik di tangannya, sambil bersiap sedia untuk memulakan latihan.

Malah, video itu telah mendapat perhatian ramai selepas mereka menyedari bahawa ianya dilakukan di dalam tempat yang tertutup sekali gus menyebabkan ahli NCT itu dikritik kerana merokok di dalam bangunan.

Menyedari akan isu yang sedang terjadi, SM Entertainment lantas menyunting semula video tersebut dan adegan yang diperkatakan itu tidak lagi disertakan dalam versi yang telah disunting.

Antara komen peminat mengenai isu ini ialah,

Kenapa ramai selebriti yang merokok di dalam bangunan?

 

Bukan ke haram kalau merokok di tempat tertutup? Awak boleh didenda!

 

Susah sangat ke nak pergi merokok di tempat terbuka?

 

Tak salah pun kalau dia nak merokok.

 

Mesti syarikat mereka dah benarkan untuk dia merokok, sebab itu dia berani merokok ketika latihan.

 

Patutnya kena salahkan penyunting video ni sebab tak peka dengan apa yang terjadi.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...