Selepas satu demi satu, ada lagi berita sedih melibatkan Ravi VIXX.
Terbaru, Jellyfish Entertainment mengumumkan bahawa lelaki itu secara rasminya bukan lagi ahli kumpulan VIXX bermula hari ini.
Hello, ini ialah Jellyfish Entertainment.
Kami ingin berterima kasih sedalamnya buat peminat yang terus menyokong VIXX dan kami ingin menyampaikan mengenai pengunduran diri daripada kumpulan itu.
Selepas perbincangan panjang dan serius bersama Ravi, sudah ditetapkan bermula hari ini, dia akan meninggalkan VIXX.
Kami menghulurkan permohonan maaf buat peminat yang menyokong VIXX kerana menyebabkan kerisauan.
Pada pagi ini, Ravi menghadiri perbicaraan pertama mengenai kes mengelak menyertai khidmat ketenteraan di mana dia mengakui kesemua kesalahannya. Alasan yang diberikan ialah hanya dia yang menjana pendapatan di syarikatnya kini.
Hmmm… nasi dah jadi bubur..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily