Dispatch telah membuat kejutan dengan mendedahkan beberapa siri perbualan dan mesej yang menunjukkan perancangan jahat melibatkan dua wanita yang memeras ugut Lee Sun-kyun.
Identiti kesemua individu yang terlibat serta hubungan mereka dalam keseluruhan skim peras ugut ini juga turut didedahkan oleh media Korea tersebut.
Perbualan ini telah menunjukkan perbincangan di antara kedua-dua suspek mengenai cara untuk mengugut dan meminta wang daripada pelakon tersebut.
Tetapi, ketika hari rundingan tiba, Lee Sun-kyun telah teragak-agak untuk memberikan wang itu. Menyebabkan Cik K (wanita pertama) meminta Cik P (wanita kedua) cara lain untuk membuatkan pelakon tersebut memberikan mereka wang.
Disebabkan ini, Lee Sun-kyun telah menulis kontrak dan menyerahkan RM1.05 juta kepada wanita itu.
Namun, hubungan kedua-dua wanita ini mula keruh selepas Cik K melarikan semua wang yang diterimanya dan meninggalkan Cik P sehingga menyebabkan kedua-dua mereka ditahan oleh pihak polis.
Walaupun ditahan, polis tidak melakukan sebarang siasatan dan hanya mempercayai kata-kata kedua-dua wanita tersebut yang mengatakan bahawa Lee Sun-kyun dan G-Dragon terlibat sama di dalam kes mereka.
Lee Sun-kyun kemudiannya telah menjadi satu-satunya mangsa dan didakwa sebagai suspek tunggal di dalam kes ini tanpa sebarang bukti kukuh.
Disebabkan ketamakan mereka, hancur kehidupan Lee Sun-kyun.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.