Utama K-Pop Disney+ Umum Bakal Lancar Dokumentari NCT 127 Ogos Nanti

Disney+ Umum Bakal Lancar Dokumentari NCT 127 Ogos Nanti

NCT 127 The Lost Boy

Berita baik untuk NCTzen!

Terbaru, Disney+ mengumumkan akan mengeluarkan dokumentari untuk NCT 127 berjudul “NCT 127: The Lost Boys” pada 30 Ogos nanti.

Untuk maklumat, ini adalah kali pertama semua ahli NCT 127 akan menceritakan kisah jujur ​​mereka sebagai idola di Korea dan mendominasi pelbagai muzik serta persembahan.

NCT 127 The Lost Boy

Selain itu, “NCT 127: The Lost Boys” akan mengikuti kenangan setiap ahli dan zaman kanak-kanak mereka yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.

Apa-apa pun, korang boleh nantikan siri dokumentari asal Disney+ “NCT 127: The Lost Boys” akan dikeluarkan pada 30 Ogos!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Chosun
Loading...