Ikuti Kami:

Disingkir Jadi Heroin ‘Alchemy Of Souls’, Park Hyeeun Tonjol Bakat Lakonan Dalam ‘Adamas’

Disingkir Jadi Heroin ‘Alchemy Of Souls’, Park Hyeeun Tonjol Bakat Lakonan Dalam ‘Adamas’

Meskipun dilambung sebagai antara drama fantasi hebat pada tahun ini, namun ianya tak terlepas dari terpalit kontroversi pada awalnya.

Kalau anda nak tahu, heroin asal drama “Alchemy Of Souls” sebenarnya ialah pelakon baru bernama Park Hye-eun yang dikenali menerusi drama pertamanya iaitu “The School Nurse Files”.

Walau bagaimanapun drama itu memilih untuk menggantikan Park Hye-eun dengan Jun So-min disebabkan dia tidak menunjukkan lakonan yang baik. Namun pihak tvN memberikan respon yang lain dan menjelaskan bahawa Park Hye-eun berasa terbeban kerana perlu membawa watak yang berat buat pertama kali lantas memilih untuk menukarnya atas persetujuan bersama.

park hyeeun alchemy of souls

Bahkan Park Hye-eun sempat memberikan kenyataan mengenai isu berkenaan di laman Instagram miliknya pada ketika itu,

Terdapat sesalan yang samar-samar dan perasaan yang berat, tapi akhirnya, saya berharap agar ‘Hwan Hon’ dapat diselesaikan tanpa sebarang isu. Meskipun perkara menjadi kusut, saya akan menganggap ianya sebagai niat baik seseorang. Terima kasih kepada semua yang risaukan mengenai hal ini. Saya akan memadam entri ini tak lama lagi.

Meskipun perkara tidak dijangka itu berlaku namun Park Hye-eun dilihat bangkit dengan semangat baru apabila berjaya membintangi beberapa sejak kebelakangan ini seperti “Borrowed Body” dan “Adamas” yang menjadi sebutan ramai kini.

park hyeeun adamas

Membawa watak Sun, pelakon wanita itu memaparkan sisi antagonis yang memukau dalam drama lakona Jisung ini. Bukan sahaja menawan tetapi wajahnya yang mengekalkan ekspresi ‘keras’ dan ‘tanpa perasaan’ membuatkan penonton kagum dengannya.

Disebabkan itu, ramai yang merasakan bahawa Park Hye-eun bakal menjadi antara pelakon pelapis yang baik pada masa hadapan.

Hebat tak dia berlakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...