Ikuti Kami:

Park Haeeun Konon Dibuang Dek Lakonan Buruk, Ramai Syak Drama ‘Hwan Hon’ Mahu Pelakon Lebih Terkenal?

Park Haeeun Konon Dibuang Dek Lakonan Buruk, Ramai Syak Drama ‘Hwan Hon’ Mahu Pelakon Lebih Terkenal?

Jarang betul kita mendengar pelakon digantikan daripada drama meskipun penggambaran sudah pun berlangsung, melainkan terdapat kontroversi yang terpalit ke atas individu berkenaan.

Namun mengejutkan apabila pelakon baru iaitu Park Hae-eun disahkan melepaskan watak utama dalam drama “Hwan Hon” tanpa alasan yang nyata. Pada asalnya, media melaporkan bahawa keputusan itu dibuat kerana gadia itu tidak menunjukkan lakonan yang baik namun pihak tvN memberikan respon yang lain. Jelas mereka,

Walaupun dia merupakan seorang pelakon baru, kami berusaha keras bersama namun dia mengalami tekanan yang berat dek membawa watak utama dalam projek besar. Sebab itu, selepas perbincangan dengan pelakon dan atas dasar menghormati pendapat masing-masing, diputuskan bahawa dia akan mengundurkan diri daripada drama ini.

park haeeun

Tak lama kemudian, Park Hae-eun turut memberikan kenyataan mengenai isu berkenaan di laman Instagram miliknya,

Terdapat sesalan yang samar-samar dan perasaan yang berat, tapi akhirnya, saya berharap agar ‘Hwan Hon’ dapat diselesaikan tanpa sebarang isu. Meskipun perkara menjadi kusut, saya akan menganggap ianya sebagai niat baik seseorang. Terima kasih kepada semua yang risaukan mengenai hal ini. Saya akan memadam entri ini tak lama lagi.

Rata-rata netizen sepertinya tidak mempercayai khabar angin yang mengatakan bahawa lakonan Park Hae-eun teruk sehingga membuatkan dia dibuang daripada “Hwan Hon”. Malah ada yang menebak bahawa penulis skrip drama berkenaan iaitu Hong Sisters telah menjumpai pelakon baru yang lebih dikenali untuk melakonkan watak berkenaan. Disebabkan itu, Park Hae-eun diminta mengundurkan diri daripadanya.

jung somin

Ini susulan kepada berita yang mengatakan bahawa Jung So-min menerima tawaran untuk membawa watak yang sepatutnya dilakonkan oleh Park Hae-eun tak lama selepas isu itu berbangkit.

Walaubagaimanapun, tiada apa yang dapat dipastikan mengenai tekaan ini namun diharapkan agar Park Hae-eun dapat menjadi pelakon yang lebih baik pada suatu masa nanti dan mungkin “Hwan Hon” bukanlah yang terbaik untuknya.

Bagi yang tidak mengetahui, Park Hae-eun melakukan kemunculan pertamanya menerusi drama Netflix “The School Nurse Files” sebagai pelajar sekolah yang unik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...