Ikuti Kami:

Disertai Jung Haein & Kim Shihoo, Filem ‘Veteran’ Bakal Kembali Dengan Sekuel Terbaru

Disertai Jung Haein & Kim Shihoo, Filem ‘Veteran’ Bakal Kembali Dengan Sekuel Terbaru

Yay! Pelakon-pelakon bagi sekuel terbaru filem “Veteran” sudah disahkan!

Korang masih ingat tak filem “Veteran”? Ha sebelum ini, kita sudah mengetahui bahawa pihak produksi bakal mengadakan sekuel bagi filem tersebut kerana mereka berjaya meraih sebanyak 13.41 juta jumlah tontonan.

Buat pengetahuan, filem “Veteran” adalah sebuah filem aksi jenayah yang mengisahkan mengenai pasukan penyiasat veteran yang mengejar seorang pewaris kaya generasi ketiga. veteranTerbaru, pihak produksi filem itu berkongsi bahawa sekuel terbaru yang diarahkan oleh Ryu Seung-wan, akan dibintangi oleh para pelakon asal seperti Hwang Jung-min, Oh Dal-soo, Jang Yoon-joo, Oh Dae-hwan.

Manakala, dua pelakon lagi iaitu Kim Shi-hoo dan Jung Hae-in yang sebelum ini dikatakan sedang meneliti tawaran, sudah pun menerima untuk menjadi sebahagian daripada teraju utama. jung haeinPada 24 November lalu, kesemua pelakon dan juga produksi berkumpul untuk satu sesi pembacaan skrip. Dalam pada itu, pengarah Ryu Seung-wan berkata,

Saya cuba untuk mempamerkan ketegangan watak yang lebih kuat dan jenis keseronokkan yang berbeza daripada filem pertama. Sekarang, kami telah berkumpul di satu tempat dengan semua kakitangan dan pelakon yang boleh saya percayai semasa bekerja bersama, jadi saya lebih gembira. Kami akan melakukan yang terbaik bersama-sama!

Lama betul ek nak tunggu sekuel baru ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...