Ikuti Kami:

Jung Haein, Han Hyojoo, Kim Youngkwang & Ramai Lagi Jadi Tumpuan Dalam Senarai Projek Disney Plus Bagi Tahun 2023

Jung Haein, Han Hyojoo, Kim Youngkwang & Ramai Lagi Jadi Tumpuan Dalam Senarai Projek Disney Plus Bagi Tahun 2023

Tahun 2022 pun dah hampir di penghujungnya… namun tahun ini boleh dikatakan banyak filem dan drama Korea yang berjaya meraih rating dan perhatian hebat daripada penonton! Tahniah buat semua pelakon dan pihak produksi!

Tapi… apa cerita untuk tahun hadapan pula? Ha.. kali ini kami akan sediakan sedikit ‘heads-up’ buat korang untuk senarai drama atau filem yang akan disiarkan melalui platform Disney Plus untuk tahun 2023!

1.Connect

“Connect” ialah sebuah adaptasi drama webtoon, di mana Jung Hae-in bakal bergandingan bersama Go Kyung-pyo sebagai pesaing atau musuh dalam siri ini. Turut menjayakan drama ini adalah pelakon Kim Hye-jun dan bakal diarahakan oleh pengarah hebat dari Jepun, Takashi Miike.

2. Call It Love

Drama ini menampilkan Lee Sung-kyung sebagai seorang yang telah kehilangan segala-galanya, malah rumah tersayangnya. Dalam pencariannya untuk membalas dendam, dia bertemu dengan seorang lelaki, lakonan Kim Young-kwang, dan perlahan-lahan, kemarahan mereka digantikan dengan cinta.

3. Big Bet

“Big Bet” mengisahkan mengenai Cha Mu-sik, seorang lelaki berjaya yang digelar raja kasino di Filipina tanpa sebarang warisan harta, bantuan orang ternama atau sesiapa saja untuk dirinya. Namun, selepas terjebak dalam satu kes pembunuhan, nyawanya kian terancam.

Drama ini bakal menampilkan para pelakon hebat seperti, Son Suk-ku, Choi Min-sik dan juga Lee Dong-hwi.

4. The Worst Of Evil

Mengisahkan mengenai seorang pegawai polis yang menemui jalan buntu ketika menyiasat kes dadah antarabangsa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk membongkarkan jenayah mereka. Drama ini bakal menampilkan Ji Chang-wook, Wi Ha-joon dan Im Se-mi sebagai teraju utama.

5. Moving 

“Moving” merupakan sebuah drama aksi, di mana kanak-kanak masa kini hidup dengan kuasa besar tersembunyi dan ibu bapa mereka yang hidup dengan menyembunyikan rahsia masa lalu, sambil menghadapi bahaya besar yang melangkaui zaman dan generasi.

Menerusi drama ini, beberapa pelakon hebat bakal ditampilkan antaranya adalah Han Hyo-joo, Ryu Seung-ryong, Jo In-sung, Cha Tae-hyun dan ramai lagi.

6. Race

Bagi projek “Race” yang mengisahkan tentang kehidupan seharian ketua wanita Yoon Jo, yang bekerja di jabatan PR (Public Relation) dan terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan. Drama ini akan menampilkan Lee Yeon-hee, Moon So-ri, Hong Jong-hyun, Yun-ho (TVXQ) sebagai pelakon utama dan ramai lagi pelakon yang bakal menyertai mereka. race

7. The Zone: Survival Mission

“The Zone: Survival Mission” ialah sebuah program di mana hos iaitu Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Kwon Yu-ri di mana mereka perlu menjalani simulasi pelbagai bencana, bagi menyediakan diri untuk masa hadapan. Rancangan hiburan ini akan kembali menemui peminat dengan musim kedua dan masih mengekalkan pengacara yang sama.

8. Soundtrack #2

Siapa kat sini peminat Han So-hee dan juga Park Hyung-shik? Berita baik buat korang! Drama Soundtrack #1 bakal kembali dengan musim kedua dan turut akan menampilkan beberapa pelakon hebat yang lain serta pihak produksi mengesahkan akan menambah beberapa elemen hebat untuk musim terbaru.

9. Shadow Detective

Untuk “Shadow Detektif”, ia merupakan drama aksi yang mengisahkan mengenai Detektif Taek-rok bersara selepas kerjaya yang hebat dalam kerjaya polis, namun pada suatu hari dia dituduh membunuh dan dalang sebenar menghantuinya menerusi panggilan telefon. Drama ini bakal dibintangi oleh Lee Sung-min, Jin Goo, Kyung Soo-jin, dan Lee Hak-joo. shadow

10. Dokumentari

Paling menarik adalah, Disney Plus turut mengumumkan bahawa akan ada 12 dokumentari yang menampilkan kumpulan K-Pop di Korea, antaranya adalah “BTS Monuments: Beyond the Star”, “J-Hope Solo Documentary”, “NCT127 Lost Boys”, “Super Junior: The Last Man Standing” dan banyak lagi!

Ha nampak? Belum habis 2022 lagi, korang dah kena bersiap sedia untuk drama, filem dan juga dokumentari bagi tahun 2023!

Korang excited tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...