Kejap je kan masa berlalu, J-Hope pun sudah selesai berkhidmat dalam tentera!
Pada 17 Oktober, J-Hope BTS telah menamatkan perkhidmatan tenteranya di pusat latihan asas Bahagian 36 di Wonju dan disambut oleh Jin, yang turut membawa sejambak bunga untuknya.
Bagaimanapun, ahli lain masih berkhidmat dalam tentera dan tidak berkesempatan untuk menyambut J-Hope.
[EXCLUSIVE] #JHOPE is officially discharged from s. military! 🥹💜
HOBI IS BACK! pic.twitter.com/mUbw2cvrNw
— BTS Charts Daily (@btschartsdailyc) October 17, 2024
Selepas keluar, penyanyi “Jack in the Box” itu menyapa peminat setelah sekian lama dengan berkata,
Saya keluar dengan sihat dan baik. Saya sangat bersyukur. Terima kasih kepada peminat, saya dapat menamatkan perkhidmatan tentera dengan selamat.
Selamat kembali J-Hope!