Ikuti Kami:

“Saya Rugi..” – Jimin BTS Kena ‘Scam’, Pelawak Lee Jinho Pinjam Lebih RM300 Ribu Untuk Berjudi Secara Haram

“Saya Rugi..” – Jimin BTS Kena ‘Scam’, Pelawak Lee Jinho Pinjam Lebih RM300 Ribu Untuk Berjudi Secara Haram

Terbaru pada 14 Oktober, pelawak Lee Jin-ho membuat pengakuan bahawa dia terlibat dalam perjudian haram.

Menurut laporan, Ji-min BTS, Lee Soo-geun, Young Tak dan Ha Sung-woon turut menjadi mangsa, selepas Lee Jin-h0 dipercayai meminjam wang dari mereka untuk berjudi.

Khususnya pada 2022 yang lalu, Lee Jin-ho telah meminjam wang sebanyak 100 juta won (RM316,756) daripada Ji-min, menyatakan bahawa dia memerlukan wang dengan segera.

Namun sehingga kini, lelaki itu masih tidak membayarnya semula bahkan, teruskan meminjam dari selebriti lain pula.

jimin bts lee jinho

Sebagai respon, wakil dari Big Hit Music menyatakan,

Ji-min mengalami kerugian wang. Apa yang dia lakukan hanyalah menulis nota janji hutang dan meminjamkannya kepada Lee Jin-ho.

Sementara itu, Lee Jin-ho mengaku bahawa dia mula berjudi secara haram pada 2020 dan perlu berdepan dengan hutang yang sukar untuk diselesaikan sehingga hari ini.

Tambahan, dia juga akui menyesal atas perbuatannya tersebut dan akan menanggung segala akibatnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Segye Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...