Ikuti Kami:

Dirundung Kontroversi, Filem ‘Dog Days’ & ‘2 O’Clock Date’ Sah Gugurkan Kim Seonho

Dirundung Kontroversi, Filem ‘Dog Days’ & ‘2 O’Clock Date’ Sah Gugurkan Kim Seonho

Selepas “2 Days 1 Night” mengesahkan bahawa Kim Seon-ho akan meninggalkan mereka, ramai yang tertanya-tanya mengenai nasib tiga filem yang ditawarkan untuk lelaki itu.

Nampaknya dua dari filem yang patutnya diterajui oleh lelaki itu sudah pun memberikan keputusan mereka berikutan kontroversi yang merundungnya sejak beberapa hari ini.

Menurut JK Filem, Kim Seon-ho tidak lagi akan muncul di dalam filem “Dog Days”. Meskipun Kim Seon-ho belum lagi menandatangani kontrak akhir untuk muncul di dalamnya, namun kemunculannya sudah pun disahkan. Filem omnibus ini membawa kisah individu yang mempunyai haiwan peliharaan sebagai peneman hidup. Menurut pihak mereka lagi, pelakon baru akan dicari sebelum memulakan penggambaran pada Disember nanti.

Kim seonho

Dalam pada itu, syarikat produksi yang menguruskan filem “2 O’Clock Date” juga mengesahkan bahawa Kim Seon-ho tidak lagi bersama mereka. Katanya, keputusan itu dibuat dengan mengembil kira tema filem itu iaitu komedi romantik.

Setakat ini, pihak filem “Sad Tropical” mengatakan mereka sedang berbincang lagi namun sepertinya mereka turut akan menggugurkan pelakon itu.

Kita nantikan pengumuman rasmi nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...