Semua pelakon “All Of Us Are Dead” memang hebat belaka kan?
Drama yang membawa kisah penularan virus zombi dalam kalangan pelajar sekolah dan bagaimana mereka meneruskan kelangsungan hidup ini merupakan antara siri yang paling popular kini.
Meskipun kesemua pelakonnya mendapat perhatian, namun penampilan yang versatil ditunjukkan oleh Lee Eun-saem telah berjaya merebut hati peminat K-Drama.

Kredit: Netflix
Dalam “All Of Us Are Dead”, pelakon itu membuat kemunculan sebagai Park Mi-jin iaitu seorang senior di sekolah tersebut yang logikal dan menyertai kumpulan memanah yang terselamat. Meskipun nampak kasar, namun dia langsung tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang.
Dengan penampilan yang ‘rugged’, penonton nyata terkejut apabila mendapat tahu bahawa Lee Eun-saem turut muncul dalam “The Red Sleeve”, iaitu drama bersejarah popular yang baru tamat tak lama dulu. Di dalam drama itu, dia membawa watak Young-hee iaitu seorang pengiring istana yang tenang dan sering memberikan nasihat buat rakan-rakannya.
Penonton turut bertepuk tangan melihat tuah Lee Eun-saem kerana berjaya membintangi dua drama popular berturut-turut. Satu kejayaan yang sukar dicapai ramai pelakon!
Siapa minat wataknya dalam “All Of Us Are Dead”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.