Baru-baru ini, interaksi Jennie BLACKPINK dan Park Seo-jun telah menjadi bualan ramai netizen di media sosial.
Tampil sebagai duta buat jenama mewah Chanel, netizen rata-rata teruja melihat Jennie dan Park Seo-jun berborak dan saling bergurau, memaparkan hubungan mereka yang kelihatan rapat.
Khususnya ketika sedang bergambar, peminat perasan pelakon lelaki itu cuba melindungi Jennie dari media, ketika ahli BLACKPINK tersebut kelihatan tidak boleh berhenti ketawa.
Bukan itu sahaja, tangan Park Seo-jun juga dilihat tidak mendekati badan Jennie dan menghormatinya dengan tidak menyentuh badan idola wanita itu.
https://twitter.com/aengjunkyu/status/1633075368595980288?s=20
Selepas video berkenaan dikongsi di media sosial, netizen memuji sikap prihatin dan hormat pelakon “Itaewon Class” itu pada Jennie dan membuatkannya berasa selesa.
Antara komen yang ditulis,
Park Seo-jun adalah kawan yang sangat baik.
Dia benar-benar tidak menyentuhnya. Dia seseorang yang tahu bagaimana untuk membuat wanita ketawa tanpa menyinggung perasaannya.
Bagusnya dia hormat Jennie!
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Jennie juga ada memuat naik gambar Park Seo-jun di laman Instagram peribadinya, membuktikan lagi hubungan akrab mereka.
Harap dapat tengok dorang berinteraksi lagi selepas ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉