Ikuti Kami:

“Macam Rapat Je” – Saling Bergurau, Netizen Teruja Lihat Interaksi Jennie & Park Seojun Di Paris

“Macam Rapat Je” – Saling Bergurau, Netizen Teruja Lihat Interaksi Jennie & Park Seojun Di Paris

Siapa sangka, netizen dapat lihat interaksi antara dua bintang popular iaitu Jennie BLACKPINK dan Park Seo-jun.

Terbaru pada 7 Mac, ramai selebriti popular telah menghadiri pertunjukan fesyen Paris untuk jenama mewah Chanel, termasuklah Jennie dan juga Park Seo-jun.

Khususnya apa yang menarik perhatian, saluran Dazed Korea telah berkongsi foto dan video dua selebriti itu, yang dilihat sedang berborak dan seronok bergurau antara satu sama lain.

Memandangkan ini adalah interaksi yang tidak dijangka, ramai netizen teruja melihat kedua bintang popular itu kelihatan rapat dan telah meninggalkan komen seperti,

Saya perlukan mereka untuk berlakon K-Drama!

 

Mereka berdua nampak macam dah rapat sebelum menghadiri acara ni lagi.

 

Terima kasih Park Seo-jun sebab buat Jennie rasa selesa.

 

Power betul duo ni!

Dalam pada itu, Jennie merupakan duta global untuk Chanel manakala Park Seo-jun adalah duta bagi kategori kecantikan untuk jenama berkenaan.

Fuh tak sangka dorang bestfriend rupanya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...