Ikuti Kami:

Dipotong Ke 6 Episod Tanpa Pengetahuan, Pengarah ‘Anna’ Saman Coupang Play

Dipotong Ke 6 Episod Tanpa Pengetahuan, Pengarah ‘Anna’ Saman Coupang Play

Sudah beberapa minggu tamat, namun timbul berita kurang baik mengenai drama “Anna”.

Terbaru, pengarah Lee Ju-young mendedahkan bahawa drama dengan 6 episod itu disunting tanpa pengetahuannya. Katanya,

Saya tak bersetuju dengan keputusan mereka meletakkan nama saya dalam versi dah disunting yang belum ditonton saya, jadi saya meminta Coupang Play memadam nama dari kredit ‘pengarah’ dan ‘skrip’.

anna suzy

Menurut wakil guaman pengarah itu, mereka sedang menunggu jawapan dari pihak Coupang Play dan akan bertindak berdasarkan posisi mereka.

Pun begitu, kalau hak cipta penulis asal dikecualikan tanpa sebab, ia akan menjadi sebab untuk pampasan bagi kerosakan. Walaupun drama sudah pun ditukar di bawah kontrak, hak cipta masih kekal pada nama pemegangnya. Tindakan Coupang Play adalah pencabulan serius ke atas hak penulis untuk mengekalkan identiti kerjanya.

Pengarah Lee Ju-young dalam kenyataan, meminta laman penstriman itu untuk mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi dan fail utama 8 episod diriliskan sebagai “Anna” versi pengarah. Malah lelaki tersebut turut meminta Coupang Play supaya tidak lagi menyunting dengan sendiri pada masa hadapan.

Nantikan maklumat lanjut mengenai hal ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...