Ikuti Kami:

Dipercayai Punca Gugur, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Didera Hingga Mati Oleh Ibu Tiri

Dipercayai Punca Gugur, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Didera Hingga Mati Oleh Ibu Tiri

Kes ini bermula pada 7 Februari 2023 di Nohyeon-dong Namdong-gu, Incheon, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dikenali sebagai Lee Si-woo didapati tidak bernafas oleh ayahnya, Lee Chang-hyun.

Bapanya menghubungi hospital untuk datang ke rumah membantu memulihkan kembali Lee Si-woo. Malangnya, anak lelakinya sudah terlambat untuk diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Punca kematian

Setelah didapati meninggal dunia, satu ujian forensik telah dilakukan oleh pakar dan mereka mendapati, badan kanak-kanak lelaki itu penuh dengan lebam dan mempunyai luka kesan daripada alatan tumpul. Berasa curiga dengan ujian ini, pihak hospital melaporkannya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

kanak-kanak didera di incheon

Berat Lee Si-won pada ketika itu ialah 29.5 kg dan dianggap tidak normal bagi budak berumur 11 tahun. Tambahan, dia memakai pakaian yang sangat kotor semasa dijumpai. Secara keseluruhan, terdapat 232 kesan kecedaraan pada badan mangsa, termasuk peha dan bahagian alat sulit.

Kematian Lee Si-won bukanlah kerana sesak nafas, tetapi dia didapati telah didera kerana ada banyak luka yang menyebabkan dia kehilangan banyak darah. Selain itu, darah beku yang terdapat dalam badan mangsa juga menjadi punca utama kematian kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu. Apa sebenarnya yang terjadi?

Kronologi

kanak kanak didera

Lee Si-woo mempunyai seorang ibu tiri yang bernama Lee Soo-jin, menafikan bahawa anak tirinya itu didera dan mengaku menolak mangsa pada hari kematiannya. Tetapi, hal itu terjadi kerana Lee Si-won degil dan tidak mendengar katanya. Bapa kandungnya juga, Lee Chang-hyun menafikan anaknya didera ketika di rumah, malah anaknya itu baru sahaja dua minggu datang ke rumahnya.

Namun, polis menjumpai banyak bukti di dalam rumah mereka. Ada satu kamera litar tertutup yang dikhaskan untuk memantau kelakuan Lee Si-woo. Kamera litar tertutup ini dipasang oleh Lee Soo-jin iaitu ibu tiri mangsa. Sebatang pencil juga telah ditemui, dipercayai alat untuk menikam peha Lee Si-woo.

kanak-kanak didera di incheon

Ibu tirinya memukulnya kira-kira 10 kali dengan kayu drum kerana mencuri wang, dan kira-kira sebulan kemudian ibu tirinya mengalami keguguran. Lee Soo-jin memutuskan bahawa Lee Si-woo adalah punca kegugurannya dan mula menderanya.

Pada 13 April, ibu tiri itu menafikan ‘pembunuhan dengan sengaja’ pada perbicaraan pertama. Dalam erti kata lain, dia merayu bahawa dia hanya melakukan penderaan kanak-kanak, bukan pembunuhan kanak-kanak. Ibu tiri itu berkata,

Semasa membesarkan mangsa selama lebih 5 tahun, saya mengalami keguguran, hamil semula, dan menjadi lemah dari segi fizikal. Saya cuba menjaga anak itu, tetapi ketika saya cuba membesarkannya entah bagaimana, gejala panik muncul dan saya hilang kawalan serta tanpa disedari saya telah menderanya.

Hukuman

kanak-kanak didera di incheon

Pada perbicaraan keputusan pada 15 Julai, Lee Soo-jin dijatuhkan hukuman mati dan bapa kandungnya pula dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Namun, pada 25 Ogos, ibu tiri dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan bapa kandung dijatuhi hukuman penjara 3 tahun. Hal ini ditentukan kerana pendakwa tidak dapat membuktikan niat sengaja untuk membunuh dan didapati bersalah atas penderaan dan kematian kanak-kanak, bukan penderaan dan pembunuhan kanak-kanak, seperti dalam dakwaan.

Harap boleh dijadikan iktibar daripada kes ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...