Ikuti Kami:

Diabai Hingga Mati, Ibu Bapa Dipenjara Kerana Simpan Mayat Bayi Dalam Bekas Kimchi Selama 2 Tahun

Diabai Hingga Mati, Ibu Bapa Dipenjara Kerana Simpan Mayat Bayi Dalam Bekas Kimchi Selama 2 Tahun

Ada lagi satu kes yang terjadi di Korea melibatkan penyimpanan mayat bersama dengan kimchi.

Sepasang suami isteri didakwa kerana menyimpan mayat bayi perempuannya yang mati, dalam bekas berisi kimchi selama dua tahun.

Kronologi

Ianya bermula pada tahun 2020 apabila si ibu yang dikenali sebagai Seo, melawat bekas suaminya di penjara iaitu Choi. Seo merupakan seorang wanita yang sudah berumur 34 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. Choi, 29 tahun, dikenakan hukuman penjara kerana disabitkan kesalahan menipu dan mencuri wang orang ramai.

mayat bayi dalam kimchi

Pada suatu hari, Seo bertanyakan pendapat Choi ketika dia dalam penjara, tentang cara-cara untuk melupuskan mayat anak mereka. Pada ketika itu, bayi yang diberi nama Ji-won hanya berusia 15 bulan. Tanpa menyoal lebih lanjut apa yang terjadi, Choi memberi idea dengan menyuruh Seo, menyimpan mayat Ji-won di dalam bekas yang berisi kimchi. Tidak berfikir panjang, Seo terus melakukan seperti yang disuruh Choi.

Mayat Ji-won dikatakan dibawa ke merata tempat yang dikunjungi Seo. Dari rumah saudara-maranya sehinggalah ke pusat membeli-belah. Namun, selepas Choi dibebaskan dari penjara, bekas kimchi yang berisi mayat Ji-won itu diserahkan kepada Choi untuk dijaga.

Kantoi

Kematian bayi itu tidak disedari oleh sesiapa sehingga pada tahun 2022, pegawai kebajikan melaporkan kehilangannya selepas mendapati kanak-kanak itu tidak didaftarkan untuk prasekolah. Tetapi mereka tidak tahu bahawa Ji-won sudah mati selama kira-kira tiga tahun.

Pegawai kebajikan memfailkan laporan polis pada 27 Oktober 2022 selepas percubaan mereka untuk berhubung dengan ibu itu berulang kali gagal. Tiga hari kemudian, polis menahan Seo kerana disyaki melanggar undang-undang kebajikan kanak-kanak.

mayat bayi dalam kimchi

Dalam temu bual awal dengan polis, Seo menafikan bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia, sebaliknya mendakwa dia telah meninggalkannya di jalanan. Tetapi sepanjang penyiasatan berikutnya, dia akhirnya mengakui bahawa dia dan suaminya telah menyembunyikan mayat anak perempuan mereka.

Pada 16 November 2022, dua hari selepas mereka menemui mayat Ji-won, polis menahan ibu dan bapa bayi perempuan terbabit.

Punca kematian

Setelah soal siasat dilakukan ke atas mayat, Ji-won berkemungkinan ditinggalkan beberapa hari tanpa makan dan minum. Oleh kerana mayat mula mereput, pihak forensik tidak dapat peroleh banyak info tetapi, Seo ada membuat pengakuan bahawa dia memang mengabaikan Ji-won.

mayat bayi dalam kimchi

Tambah Seo, beberapa hari sebelum Ji-won meninggal, anak perempuannya itu dikatakan sering muntah dan menangis tanpa henti. Juga, didapati ada kesan ruam pada seluruh bahagian badan Ji-won dan pihak forensik membuat kesimpulan bahawa Ji-won dibiarkan dalam keadaan kotor bersama diapers. 

Hukuman 

mayat bayi dalam kimchi

Seo dan Choi telah ditangkap lewat tahun lalu kerana meninggalkan dan menyembunyikan mayat anak perempuan mereka yang berusia 15 bulan. Ji-won meninggal di rumah mereka di Seoul pada Januari 2020.

Seo juga didakwa melanggar undang-undang kebajikan kanak-kanak dengan meninggalkan bayi itu di rumah sendirian kira-kira 70 kali dari Ogos 2019 hingga awal 2020, terutamanya untuk melawat Choi. Walaupun semasa kejadian Choi masih di dalam penjara, namun, Choi dituduh bersubahat menyimpan mayat dan menyembunyikan perkara sebenar daripada pihak berkuasa.

Choi juga ada berkata sambil menangis semasa perbicaraan bahawa, dia terlalu sayangkan Ji-won. Oleh sebab itu, dia tidak sanggup meninggalkan atau melupuskan mayat anak perempuannya itu.

Kesian dekat nyawa yang tak bersalah ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...