Dipaksa Tinggalkan Kumpulan, Daisy Dedah Punca Keluar Dari MOMOLAND
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Bekas ahli MOMOLAND, Daisy baru-baru ini berkongsi sebab dipaksa tinggalkan kumpulan itu. Ha? Dipaksa?
Artikel Berkaitan
Bekas ahli MOMOLAND iaitu Daisy membuat live TikTok menggunakan akaun rasminya sendiri dan berkongsi rasa kecewanya terhadap satu pernyataan di mana dia dengan rela hati meninggalkan kumpulan tersebut.
Sebaliknya, dia menegaskan sebenarnya dia dipecat ataupun dipaksa berhenti apabila melalui siaran live tersebut, dia menyebut secara jelas bahawa MLD Entertainment memecat dirinya.
Kalian, secara jujurnya saya tidak meninggalkan kumpulan tersebut. Saya sebenarnya dipecat. Dipecat, okay?
Walaubagaimanapun, Daisy turut menyatakan bahawa dia sekarang menerima keadaan tersebut kerana ianya perkara yang sudah lama.
Sebelum insiden tersebut, MLD Entertainment menyatakan bahawa Daisy akan kembali dalam album kumpulan itu yang seterusnya, namun dia tidak pernah muncul bersama ahli yang lain.
Pada Januari 2020, Daisy menjalani temu bual bersama KBS dan memberitahu bahawa MLD Entertainment enggan membenarkan dia meneruskan promosi bersama MOMOLAND. Malah, ketika dia cuba untuk mempertahankan dirinya, agensi tersebut menegaskan bahawa dia perlu membayar penalti yang tinggi atas kesalahan melanggar peraturan kontrak.
So the reason daisy “left” momoland is because she was fired … pic.twitter.com/A0z5oYSHhI
— cai gaon brainrot (@coupschan_) July 2, 2022
MLD Entertainment pula cuba mempertikaikan perkara tersebut dengan menyatakan hal itu terjadi akibat daripada keputusan untuk Daisy berehat sementara waktu dek kerana khabar angin percintaannya bersama Yun-hyeong iKON.
Wah, pandai ek agensi counter balik. Padahal, kalau nak diikutkan Daisy boleh dikira sebagai ditindas. Omoo, sampai hati MLD Entertainment…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




