Ikuti Kami:

2 Ahli Diperkenal, ‘Adik MOMOLAND’ LAPILLUS Bakal Debut Jun Ini

2 Ahli Diperkenal, ‘Adik MOMOLAND’ LAPILLUS Bakal Debut Jun Ini

Peminat-peminat K-pop pasti sangat teruja dengan semua lagu, drama, filem baru yang memenuhi semua platform tidak lama lagi. Terbaru, khabarnya akan ada satu lagi kumpulan yang akan debut pada Jun ini. Betul-betul ‘all out’ kan?

Agensi yang mengendalikan satu kumpulan hebat, MOMOLAND iaitu MLD Entertainment, mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan kumpulan baru, LAPILLUS dan telah melancarkan logo rasmi bagi kumpulan tersebut.

lapillus

LAPILLUS merupakan kumpulan yang bakal dilancarkan oleh MLD Entertainment setelah 6 tahun melancarkan MOMOLAND. Kumpulan ini juga dikhabarkan sedang melakukan persiapan secara menyeluruh untuk debut secara global tidak lama lagi.

Setakat ini, dua ahli sudah disahkan untuk menerajui kumpulan LAPILLUS. Nonaka Shana, yang sebelum ini tampil dalam “Girls Planet 999: Girls ‘War'” sebuah rancangan oleh Mnet, manakala Chanty, merupakan seorang bintang remaja kacukkan Filipina dan Argentina, yang juga menyertai LAPILLUS, makin meningkatkan perasaan ingin tahu dan jangkaan daripada para peminat.

lapillus

Baru 2 ahli yang dikenalkan tapi dah berjaya tarik perhatian peminat? Menakjub kan! Jadi lepas ini korang dah boleh ‘standby’ untuk tengok siapa lagi ahli kumpulan LAPILLUS nanti! Tunggu informasi seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...