Nama Hae-chan dan Johnny NCT sedang menjadi topik hangat di kalangan netizen.
Terbaru, tular di atas talian selepas seorang peminat memuat naik hantaran yang seakan-akan memberi petanda bahawa dia dan 2 orang rakannya telah menghabiskan masa bersama Hae-chan dan Johnny NCT.
Hantaran tersebut termasuk gambar mereka memegang kunci hotel, tempat di mana ahli kumpulan NCT itu menetap dan melakukan siaran langsung. Malah, gadis-gadis itu juga telah dilihat bersama dengan Hae-chan dan Johnny di lobi hotel.
ツイ消しされたけどヘチャンとジャニのオナホにされて喜ぶの、理解不能すぎる pic.twitter.com/cXd26c3Hy9
— 醜形🈵 (@roses_123_) June 3, 2024
Selain daripada memuat naik gambar di hotel, mereka turut memuat naik satu mesej perbualan yang didakwa bersama Johnny. Dalam mesej tersebut, salah seorang mereka telah didapati mengajak ahli NCT tersebut untuk menghabiskan masa bersama sebelum konsert mereka di Jepun berlangsung.
Selepas hantaran itu tular, peminat telah menggesa SM untuk mengambil tindakan tegas serta menyatakan bahawa ketiga-tiga gadis tersebut merupakan peminat sasaeng yang cuba untuk memburukkan nama Hae-chan dan Johnny.
Namun begitu, sehingga kini SM Entertainment masih lagi belum mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan isu yang sedang tular ini.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.