Rakaman video ‘First lady’ Perancis dan Lisa BLACKPINK telah membuatkan peminat terpukau dengan hubungan rapat mereka.
Pada 17 Januari, topik yang menunjukkan rakaman video Lisa BLACKPINK dan isteri kepada presiden Perancis, Madame Brigitte Marie-Claude Macron telah diterbitkan di forum atas talian Korea, Pann Nate.
Menerusi rakaman itu, wanita itu telah dilihat memegang payung untuk melindungi Lisa daripada hujan ketika mereka berjalan bersama-sama, sambil menepuk belakang ahli BLACKPINK itu.
Terlebih dahulu, Lisa akan membuat persembahan di majlis gala amal yang dianjurkan oleh Madame Brigitte pada 26 Januari ini, dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang rapat. Malah, mereka juga didapati telah menghabiskan masa bersama di Disneyland Paris.
Selepas video tersebut tular, ramai netizen yang terkejut selepas melihat hubungan kedua-dua wanita tersebut. Dalam masa yang sama, ada juga yang menyatakan bahawa wanita hebat itu telah melayan Lisa seperti anaknya sendiri.
galafr TIKTOK updates: (2) #LISA today in Parc Disneyland Paris with Brigitte Macron 🇫🇷 x @piecesjaunes 💛
🔗 https://t.co/030XErbfyU
🔗 https://t.co/2G9V1NHHi0 #블랙핑크리사 블랙핑크 리사#리사 #LALISA #MONEY pic.twitter.com/OWdXM3KYGq— LALICE UPDATES (@LaliceUpdates) January 17, 2024
Rata-rata komen netizen ialah,
Dia layan Lisa macam anak sendiri..
Saya harap Lisa akan lakukan yang terbaik di majlis gala tersebut.
Populariti BLACKPINK tiada tandingan!
Hubungan Lisa sangat mengagumkan!
Dah macam keluarga kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.