Nampaknya, ‘Festival Filem Cannes ke-76’ bakal dihadiri oleh ramai bintang popular.
Terbaru, Big Hit Music mengumumkan bahawa V BTS telah dijemput ke ‘Festival Filem Cannes ke-76’ sebagai duta global buat jenama Celine.
Sebelum ini, Jennie BLACKPINK juga telah disahkan bakal menghadiri acara yang sama, sebagai pelakon untuk siri HBO “The Idol”.
Menarik perhatian, kedua idola itu telah terpalit dengan khabar angin percintaan selepas video mereka berpegangan tangan di Paris tular.
Dengan ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada V dan Jennie akan sama-sama tampil di acara tersebut atau secara rasmi mengumumkan mengenai hubungan mereka.
Wuuu nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉