Ikuti Kami:

Dilapor Sedang Bercinta, Agensi Kim Junsu JYJ & Kei LOVELYZ Beri Respon

Dilapor Sedang Bercinta, Agensi Kim Junsu JYJ & Kei LOVELYZ Beri Respon

Dalam diam, tiba-tiba tersebar khabar angin mengatakan bahawa dua selebriti ‘hot’ ini sedang bercinta.

Terbaru, agensi yang menjadi rumah kepada Kim Jun-su JYJ dan Kei LOVELYZ menafikan bahawa kedua mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Pada November lalu, lelaki tersebut telah menubuhkan agensi sendiri iaitu PALMTREE ISLAND selepas meninggalkan C-JeS Entertainment. Kemudian, dia menandatangani Kei sebagai salah seorang penyanyi muzikal di bawahnya pada Januari lalu.

Walau bagaimanapun, kedua mereka yang sama-sama membintangi muzikal “Excalibur” dan “Death Note” dilaporkan sedang menjalin kasih kini. Namun tak lama kemudian, agensi mereka meriliskan kenyataan rasmi bagi menafikan khabar angin itu.

kim junsu kei

Kata mereka,

Hello, ini ialah PALMTREE ISLAND.

Kami ingin menyampaikan bahawa artikel yang diriliskan pada hari ini mengatakan Kim Jun-su dan Kei sedang bercinta adalah tidak berasas langsung.

Hubungan antara mereka hanyalah sebagai CEO agensi dan artis di bawah naungan agensi sahaja, selain rakan senior dan junior dalam industri.

Kami ingin menjelaskan secara nyata bahawa khabar angin mengaitkan Kim Jun-su dan Kei sebagai pasangan kekasih adalah palsu dan kami meminta anda tidak membuat laporan tanpa pengesahan berdasarkan spekulasi tidak berasas.

Terima kasih.

Kalau bercinta pun apa salahnya kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...