Ikuti Kami:

Buka Agensi Sendiri, Kim Junsu Bekas Ahli TVXQ Akan Rilis Album Baharu & Adakan Konsert

Buka Agensi Sendiri, Kim Junsu Bekas Ahli TVXQ Akan Rilis Album Baharu & Adakan Konsert

Kim Jun-su atau juga dikenali dengan nama pentasnya Xia, akan kembali dengan album baharu!

Pada 16 Februari, agensinya, PALMTREE ISLAND menyatakan,

Kim Jun-su, merupakan vokalis yang dicintai dan pelakon muzikal yang dipercayai, akan terus aktif pada separuh pertama tahun 2022. Dia sedang bersedia untuk mengeluarkan album baharu pada bulan Mac dan mengadakan konsert secara bersemuka di luar talian untuk berkomunikasi dengan peminat di Korea dan di luar negara.

Tambah agensi,

Dia terus aktif selepas menubuhkan labelnya sendiri dan ini akan menjadi keluaran muzik baharunya yang pertama dalam tempoh setahun empat bulan. Dia berhasrat untuk menjadi lebih aktif sebagai penyanyi, jadi nantikan.

Sekadar info, Kim Jun-su atau Xia, merupakan bekas ahli kumpulan TVXQ dan JYJ. Selepas mengumumkan pemergiannya dari agensi C-JeS Entertainment, agensinya selama 12 tahun yang lalu, Kim Jun-su telah menubuhkan agensinya sendiri PALMTREE ISLAND, bersama pengurus lamanya.

Nantikan muzik baharu dari Kim Jun-su pada Mac ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...