Ibu bapa mana yang tidak mementingkan keselesaan anak-anak mereka dalam pembelajaran kan?

Terbaru, satu khabar angin berterbangan di YouTube mengatakan bahawa Yoo Jae-suk telah berpindah ke kejiranan Daechi-dong di mana ia dikenali sebagai kawasan No 1 untuk pembelajaran swasta.
Yoo Jae-suk tinggal di Apgujeong selama beberapa dekad tapi memilih untuk berpindah ke Daechi-dong selepas melihat isterinya yang kerap perlu berulang-alik ke akademi anak lelakinya.
Walau bagaimanapun, trailer pendek “How Do You Play” berjaya merungkai mengenai teka-teki itu. Tanya Yoo Jae-suk kepada kru produksi,
Kenapa awak asyik datang ke rumah saya?
Tambahnya,
Kenapa pula saya mahu berpindah? Tak lah. Siapa yang buat khabar angin itu?
Untuk pengetahuan, Yoo Jae-suk telah mengahwini Na Kyung-eun pada 2008 dan memiliki seorang anak lelaki, Ji-ho dan anak perempuan, Na-eun.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉