Pastinya ramai ternanti-nanti perkembangan terbaru mengenai gosip cinta melibatkan Hwasa MAMAMOO kan?
Terbaru, agensi barunya iaitu P NATION telah memberikan kemas kini mengenai khabar angin bahawa idola tersebut sudah 5 tahun bercinta dengan seorang ahli perniagaan berusia 12 tahun lebih tua darinya.
Mengenai gosip cinta itu, oleh kerana ia adalah hal peribadi artis, agak sukar untuk kami mengesahkan sama ada ia adalah benar ataupun tidak. Kami harap anda faham, maaf.
Dalam pada itu, Hwasa baru sahaja menamatkan kontrak eksklusif bersama RBW sebelum menandatangi perjanjian baru bersama P NATION semasa konsert pemiliknya, PSY baru-baru ini.
Tak kisah lah, janji Hwasa bahagia!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉