Ikuti Kami:

Dilapor Bakal Muncul Dalam MV Jungkook BTS, Ada Yang Kecam Han Sohee?

Dilapor Bakal Muncul Dalam MV Jungkook BTS, Ada Yang Kecam Han Sohee?

Nampaknya khabar angin tentang penglibatan Han So-hee dalam muzik video Jung-kook BTS telah menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, akaun Instagram milik Han So-hee telah dibanjiri pelbagai komen selepas perkhabaran mengenai pelakon itu bakal muncul dalam muzik video Jung-kook BTS “Seven” tidak lama lagi.

Jika khabar angin ini benar, maka ini merupakan kemunculan muzik video pertamanya selepas empat tahun.

Walau bagaimanapun, kedua-dua agensi itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa ianya sukar untuk disahkan. Jadi, sila nantikan.

Meskipun pelakon “My Name” itu menerima komen yang negatif tetapi ada juga yang teruja menantikan kemunculan Han So-hee dalam muzik video “Seven”. Antara komen yang ditinggalkan adalah,

Omg, Tak sabarnya nak tunggu muzik video ‘Seven’.

 

Kami sangat teruja untuk melihat awak dengan Jung-kook dalam MV nanti!

 

Awak cantik sangat. Saya nak tengok awak dalam muzik video Jung-kook.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boucheron (@boucheron)

Eee.. tak sabarnya!!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...