Ikuti Kami:

Pulang Dari Los Angeles, Han Sohee Akan Muncul Dalam Muzik Video Solo Jungkook BTS?

Pulang Dari Los Angeles, Han Sohee Akan Muncul Dalam Muzik Video Solo Jungkook BTS?

Mesti peminat tak sabar ingin nantikan keluaran lagu solo Jung-kook BTS kan?

Bagi yang belum tahu, sebelum ini, Jung-kook telah dilaporkan akan membuat debutnya sebagai penyanyi solo pada Julai depan. Sebagai respon, agensi memberitahu bahawa pengumuman rasmi akan dibuat apabila jadual telah disahkan.

Baru-baru ini, ada pula khabar angin yang menyatakan bahawa pelakon Han So-hee akan muncul dalam muzik video solo Jung-kook, apabila kakitangan dua artis itu dilihat berada di lokasi yang sama.

Terbaru pada 22 Jun, Jungkook dan Han So-hee juga telah tiba di Lapangan Terbang Incheon dari Los Angeles pada waktu yang sama, memberi harapan buat peminat untuk melihat kerjasama antara kedua mereka.

Bagaimanapun, tiada apa-apa perkara yang telah disahkan lagi setakat ini.

Sama-sama kita tunggu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...