Ikuti Kami:

Dikritik Pakai Baju Swastika Nazi, Chaeyoung TWICE Mohon Maaf

Dikritik Pakai Baju Swastika Nazi, Chaeyoung TWICE Mohon Maaf

Chae-young memohon maaf buat peminatnya di Instagram, tapi kenapa?

Terkini, salah seorang ahli dari kumpulan TWICE iaitu Chae-young telah membuat satu hantaran permohonan maaf di Instagram milikya.

Dalam hantaran itu, penyanyi tersebut memohon maaf kerana dia telah memakai baju yang mempunyai logo swastika Nazi. Tulisnya,

Saya dengan ini tulus ikhlas memohon maaf atas gambar yang saya telah muat naik itu. Saya tidak mengenali swastika yang senget dalam baju yang saya pakai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 채영 (CHAEYOUNG) (@chaeyo.0)

Tambah Chae-young lagi, dia juga memohon maaf kerana menimbulkan kerisauan peminat dan orang ramai.

Saya benar-benar minta maaf kerana menimbulkan kebimbangan ramai orang kerana tidak dapat mengesahkan perkara ini walaupun saya sepatutnya melihat dengan teliti.

Sebelum ini, rapper dari kumpulan TWICE itu telah memuat naik satu gambar dia memakai baju yang mempunyai logo swastika yang diiktiraf secara meluas untuk penggunaannya oleh Parti Nazi dan neo-Nazi. Ianya telah menimbulkan kontroversi dan Instagramnya dibanjiri dengan komen peminat luar negara yang menuntut permohonan maaf.

Mungkin Chae-young terlepas pandang.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...