Selain mempromosikan album kemunculan semula mereka, TWICE juga dapat menghadiri program hiburan.
Baru-baru ini, TWICE telah muncul dalam rancangan hiburan berjudul “Idol Human Theater”.
Dalam rancangan tersebut, ketua kumpulan itu iaitu Ji-hyo bertanyakan soalan kepada ahli yang lain tentang siapa yang mereka ingin marahi.
Jika ahli lain merupakan adik-beradik awak semua, siapa yang awak mahu memarahi?
Na-yeon menjawab,
Saya perlu memikirkannya.
Selepas dengar jawapan Na-yeon, Ji-hyo ketawa sambil berkata,
Tetapi kita semua sudah lama berkawan.
Pada masa yang sama, Tzuyu sebagai ahli paling muda menjawab dengan jujur,
Saya rasa saya pilih Jeong-yeon.
Respon Jeong-yeon,
Berapa banyak awak nak tegur saya? Saya akan menerima pukulan ke?
Kemudian Chae-young meneka sebab kenapa Tzuyu memilih Jeong-yeon dan berkata,
Mungkin dia mendengar terlalu banyak bebelan daripada Jeong-yeon.
Tambah Tzuyu,
Sebab di rumah, awak selalu berperangai seperti anak bongsu tapi sebenarnya awak taknak jadi seorang kakak.
Sementara itu, pihak produksi bertanya kepada ahli TWICE itu,
Adakah awak tidak memahami soalan itu?
Tzuyu dengan tegas menjawab dia tidak memahami soalan tersebut tetapi dia akui ingin memarahi Jeong-yeon dan membuatkan ahli TWICE lain ketawa dengan jawapannya itu.
Nampaklah Tzuyu pendam perasaan kat Jeong-yeon..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉