Ikuti Kami:

“Saya Rasa Selesa..”- Mina TWICE Ulas Persahabatan Dengan Lisa BLACKPINK

“Saya Rasa Selesa..”- Mina TWICE Ulas Persahabatan Dengan Lisa BLACKPINK

Walaupun kumpulan TWICE dan BLACKPINK masing-masing sibuk dengan jadual tersendiri tetapi persahabatan antara mereka masih kekal erat hingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Mina dan Sana TWICE telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan KBS Cool FM “Haze’s Raise the Volume” bagi mempromosikan album mini baharu mereka “Ready to Be” yang dikeluarkan pada 10 Mac lalu.

Dalam temu bual itu, Mina dan Sana bercakap tentang album baru mereka dengan konsep album mereka iaitu tanpa mengenakan solek. Sana menjelaskan,

Pertama sekali, cara kami mendapatkan konsep ini ialah dari Jeong-yeon kerana dia memberitahu syarikat itu bahawa dia ingin menggunakan konsep tanpa solek untuk kemunculan semula. Jadi, kami fikir ianya bagus jika ia dirancang dengan baik.

Kemudian, Haze sebagai DJ radio memberitahu bahawa dia suka akan konsep yang dibawa oleh mereka itu,

Saya menonton video itu berkali-kali. Konsep tanpa solekan itu sangat cantik.

Seterusnya, Haze turut bertanya kepada Mina tentang hubungan persahabatannya dengan selebriti lain.

Siapakah rakan selebriti yang awak sering luangkan masa bersama baru-baru ini?

mina twice

Mina segera menjawab,

Lisa?

Jelasnya,

Apabila kami meluangkan masa, selalunya kami akan keluar untuk makan makanan yang sedap.

Soal Haze lagi,

Awak cakap awak selalu luangkan masa bersama dan rasa selesa dengan Lisa?

mina twice

Ahli TWICE itu menjawab,

Betul.

Comel je persahabatan mereka berdua.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...