Ikuti Kami:

Dikritik Kerana Ibu Sendiri Suka ‘Scam’ Orang, Beberapa Rakan Sekolah Tampil ‘Back-Up’ Han Sohee

Dikritik Kerana Ibu Sendiri Suka ‘Scam’ Orang, Beberapa Rakan Sekolah Tampil ‘Back-Up’ Han Sohee

Beberapa hari lepas kecoh apabila pelakon Han So-hee terpalit dengan kontroversi dek sikap maknya yang suka berhutang. Disebabkan oleh itu, wanita tersebut yang popular menerusi “The World Of The Married” terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi dan memohon maaf selain mendedahkan bahawa dia dibesarkan oleh neneknya sejak kecil lagi.

Sambungan daripada insiden tersebut, ramai rakan persekolahan Han So-hee yang telah tampil dan menceritakan kisah sebenar mengenai kehidupan pelakon itu semasa dia masih lagi bersekolah.

Rakan sekolah “A” menceritakan hubungan Han So-hee yang tidak rapat dengan maknya sendiri sejak dahulu lagi.

Memang benar Han So-hee tidak menerima kasih sayang yang cukup daripada ibunya. Saya harap dia tidak akan dikaitkan sekali dalam masalah yang berpunca daripada ibunya apabila kini dia sudah berjaya.

ibu han sohee berhutang

Rakan sekelas “B” pula menjelaskan bahawa Han So-hee lebih rapat dengan neneknya.

Saya pernah bersekolah dengan So-hee dan sudah lama mengenalinya tapi saya jarang mendengar cerita mengenai ibunya. Tetapi neneknya yang menjaganya dengan penuh kasih sayang. Sedih apabila melihat dia dikritik atas kesalahan ibunya secara tiba-tiba.

Seorang lagi rakan sekelas lain turut menceritakan perihal pelakon itu semasa dia kecil.

Apabila ibu bapa pelajar lain menghadiri acara anjuran sekolah, mesti nenek Han So-hee yang akan datang. Memang benar dia membesar di bawah jagaan neneknya tetapi dia merupakan seorang yang sangat ceria.

Dia bukannya seorang yang mengharapkan pada orang lain untuk mendapatkan apa-apa tak kiralah dari segi materialistik atau pun psikologi. Dia akan membantu sesiapa sahaja apabila dia mampu. Bukan perangainya untuk berhutang dengan orang lain. Dia juga mula bekerja sepenuh masa sejak kecil lagi dan membesar dengan sendirinya.

Selain itu, Han So-hee juga dikhabarkan sering cuba untuk berkomunikasi dengan ibunya tetapi perbualan itu pasti akan berakhir dengan buruk dan mereka akan kembali menjauh. Jelaslah, sejak kecil lagi pelakon itu langsung tidak mempunyai hubungan yang baik dengan maknya sendiri.

ibu han sohee berhutang

Bahkan rakan Han So-hee yang sekarang juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengan bekas rakan sekolah wanita itu.

Han So-hee sentiasa membantu artis atau pun kakitangan yang mempunyai stail yang sama dengannya. Semasa aktif sebagai model, dia akan bergerak secara aktif di mana-mana tempat yang memerlukan bakatnya.

Semasa sedang sibuk dengan “The World Of The Married” pun, dia pasti akan menghadiri acara yang dianjurkan oleh rakan-rakannya. Dia langsung tak lupa untuk menghubungi kenalan yang sudah lama baik dengannya meskipun jadual seni yang penuh.

Semoga Han So-hee bertabah menghadapi dugaan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...