Ikuti Kami:

Ibu ‘Scam’ Ramai Orang, Han Sohee Mohon Maaf & Dedah Membesar Dengan Nenek Selepas Ibu Bapa Bercerai

Ibu ‘Scam’ Ramai Orang, Han Sohee Mohon Maaf & Dedah Membesar Dengan Nenek Selepas Ibu Bapa Bercerai

Kalau anda nak tahu, baru-baru ini terdapat satu entri di sebuah forum atas talian yang telah mendedahkan bahawa dia telah ditipu oleh ibu kepada salah seorang pelakon daripada drama “The World Of The Married”. Sebagai bukti, individu tersebut “A” turut memuat naik perbualan mesej di antara dia dan ibu pelakon tersebut.

Menurut entri itu, “A” menjelaskan bahawa mereka telah menyertai satu kelab gye yang diuruskan oleh ibu pelakon tersebut dan terpaksa melupakan makan dan minum bagi membayar 2,450,000 won (RM8,600) setiap bulan. Gye secara mudahnya untuk dijelaskan adalah lebih kurang seperti ‘duit kutu’ yang popular di Malaysia.

“A” menceritakan bahawa dia sepatutnya menerima bahagian duitnya pada September 2016 namun ibu pelakon itu menghilangkan diri. Selepas mengugut untuk melaporkan hal tersebut kepada polis, barulah wanita itu menghubunginya. Katanya, dia telah menggunakan kesemua duit itu dan kini sudah tidak mempunyai wang lagi.

ibu han sohee berhutang

Dek ramai yang menghalang “A” daripada mengambil tindakan undang-undang, ibu pelakon popular itu menandatangani perjanjian bahawa dia akan membayar wang tersebut secara bulanan. Walaubagaimanapun janji itu dimungkiri dan dia telah menukar nombor telefon baru dan kembali menghilangkan diri.

Walaupun “A” hanya meminta jumlah asas kepada bayaran tersebut, wanita itu tetap tidak melunaskan hutangnya. Dia juga mengatakan bahawa dia akan membayar kesemuanya apabila anak perempuannya terkenal nanti. Sampaikan “A” mencari anak perempuan tersebut di agensi naungannya di Seoul.

Saya mempunyai impian yang besar dengan duit itu, tetapi semuanya sudah musnah sekarang. Sekarang ini saya sudah tidak pedulikan lagi tentang duit itu dan mahukan dia menerima hukuman atas perbuatannya. Setiap kali saya melihat selebriti tersebut di kaca televisyen, saya tak dapat menahan daripada berfikir sama ada dia menjadi terkenal hasil daripada duit saya. Saya kini sudah hancur tetapi pelakon itu berjaya meskipun ibunya menipu ramai orang.

“A” mendedahkan bahawa jumlah hutang daripada gye tersebut ialah 40 million won (RM141,700) dan seorang lagi yang bertanggungjawab terhadap dana tersebut sudah pun membayar bahagian hutangnya selepas penipuan mereka terbongkar.

Saya suruh dia membayar hutang itu secara bulanan namun sepanjang 4 tahun ini, saya hanya akan menerima 300,000 won (RM1,000) atau pun 100,000 won (RM350) sahaja tiap-tiap bulan. Saya hubungi wanita itu semuala selepas anaknya muncul dalam ‘The World Of The Married’ tetapi dia sudah menukar nombor telefonnya. Saya ada mencari informasi bagi menghubunginya namun dia mengatakan bahawa anaknya kini sudah tidak berhubung dengannya. Malahan terus mencipta alasan menjelaskan bahawa dia akan membayar kembali duit saya.

ibu han sohee berhutang

Selepas pendedahan tersebut, ramai yang menebak bahawa gerangan pelakon tersebut ialah tak lain tak bukan Han So-hee yang mula popular selepas berlakon dalam “The World Of The Married”. Disebabkan itu, pelakon itu sendiri telah tampil dan mengeluarkan kenyataan mengenai hal tersebut.

Hello, saya Lee So-hee (nama sebenar Han So-hee). Pertama sekali, saya tidak akan mengatakan bahawa saya memahami hal tersebut. Saya ingin memohon maaf kepada mangsa yang menulis mengenai entri tersebut sambil merasakan bahawa mereka sedang berdiri di pinggir gaung. Saya percaya bahawa mereka berada dalam situasi di mana apa-apa pun perkataan yang dikeluarkan oleh saya tidak akan memujuk mereka.

Saya juga ingin meminta maaf kepada semua orang yang berasa terganggu dan terluka dengan insiden ini. Saya benar-benar mohon maaf. Saya sendiri berasa malu dan menulis surat ini dengan harapan tiada lagi mangsa lain yang akan muncul.

Semasa berusia 5 tahun, kedua ibu bapa saya bercerai dan saya kemudiannya dibesarkan oleh nenek. Apabila memasuki sekolah menengah, saya dipindahkan ke sekolah di Ulsan, tempat tinggal ibu saya namun saya terus tinggal bersama nenek. Selepas tamat persekolahan, saya berpindah ke Seoul dan mula melalui perjalanan hidup dalam bidang ini.

Saya langsung tidak berhubung dengan ibu saya dan hanya mengetahui mengenai hal hutang ini selepas saya berusia 20 tahun. Oleh kerana ibu saya merupakan anak kepada wanita yang yang membesarkan saya (nenek) dan juga disebabkan oleh tanggungjawab sebagai seorang anak, saya telah cuba sedaya upaya untuk membayar segala hutang ibu sebanyak mana yang mungkin sebelum saya muncul sebagai selebriti.

Selepas menjadi selebriti, saya dihubungi ramai penghutang lain dan saya mendapat tahu dia mempunyai banyak hutang dengan menggunakan nama saya. Saya juga mendapat tahu bahawa dia meletakkan nama saya dalam dokumen hutang tanpa memaklumkan hal tersebut langsung sehingga saya terlibat dalam satu hutang dengan jumlah yang banyak sampaikan saya tidak boleh menguruskannya.

Saya yang ketika itu masih muda, dan dek pertimbangan yang kurang matang, saya memilih untuk membantu membayar hutang tersebut. Walaubagaimanapun, hal tersebut menyebabkan makin ramai yang menjadi mangsa. Maafkan saya.

Akhir sekali, saya ingin menundukkan kepala dan memohon maaf sekali lagi kepada semua mangsa dan sesiapa yang terluka kerana masalah ini.

Kesian betul Han So-hee kerana menjadi mangsa keadaan dek sikap tidak bertanggungjawab ibunya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...