Ikuti Kami:

Dikhabar Pernah Bercinta Dengan Jo Insung, Go Hyunjung Tampil Dedah Perkara Sebenar

Dikhabar Pernah Bercinta Dengan Jo Insung, Go Hyunjung Tampil Dedah Perkara Sebenar

Pelakon Go Hyun-jung telah menjelaskan khabar angin hubungan romantik dengan Jo In-sung pada masa lalu.

Pada 16 Januari, Go Hyun-jung telah membuat penampilan di dalam rancangan YouTube milik Jung Jae-hyung.

Di mana di dalam video tersebut, dia telah menjelaskan perkara sebenar mengenai khabar angin hubungan percintaannya bersama Jo In-sung pada masa lalu.

Katanya,

Saya dah banyak kali bekerja sama dengan Jo In-sung sebelum ini. Tapi, selepas Jo In-sung menyertai drama ‘Dear My Friends’, khabar angin mengenai kami telah tersebar, malah gambar kami di lapangan terbang juga telah diambil.

go hyunjung

Tambahnya,

Pada masa itu Song Joong-ki dan Lee Min-ho juga berada di sebelah kami, jadi kami bukan sedang berdua-duaan.

Adunya lagi,

Tambahan pula, kami berjumpa masa Jo In-sung berumur 25 tahun dan walaupun dia seorang yang kacak dan baik, kami hanyalah berkawan sahaja.

Malah, pelakon wanita itu juga turut mendedahkan bahawa ini kali pertama dia menjelaskan perkara sebenar mengenai khabar angin tersebut kepada orang ramai.

Baguslah Go Hyun-jung berani untuk jelaskan perkara yang sebenar..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...