Ikuti Kami:

Dikenali Dek ‘Squid Game’, Lee Yoomi Dilamar Terajui Filem ‘We Can’t Go To Heaven But We Can Love’

Dikenali Dek ‘Squid Game’, Lee Yoomi Dilamar Terajui Filem ‘We Can’t Go To Heaven But We Can Love’

Mengecap populariti dek “Squid Game”, ramai yang mula perasan mengenai pelakon bernama Lee Yoo-mi. Meskipun sudah 10 tahun di dalam bidang lakonan, namanya mula menjadi sebutan ramai selepas membintangi siri popular di seluruh dunia itu.

Menurut sumber dalam industri, pelakon berusia 27 tahun itu telah menerima tawaran untuk terajui filem bertajuk “We Can’t Go To Heaven, But We Can Love”. Ianya akan menampilkan kisah berlainan mengenai cinta dan persahabatan di mana Lee Yoo-mi bakal membawa watak pelajar sekolah bernama Ye-ji.

lee yoomi

Meskipun pernah berlakon dalam naskhah seperti “Welcome to Waikiki 2”, “Voice 2”, “Scent of Ghost” dan banyak lagi, namun tak banyak di mana dia menjadi teraju utama.

Pun begitu, masih belum ada laporan rasmi mengenai filem ini setakat ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.

Apa pun, semoga terus sukses Lee Yoo-mi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...